Dunia Muzik Tahun 1

Matapelajaran dan Kelas
Muzik Tahun 1 (17 orang)


Tajuk dan Tema
Suara Bercakap
Aku dan Muzik ( Unit 4 )
Masa
30 minit


Standard Pembelajaran
3.1.2


Objektif Pembelajaran
Di akhir pembelajaran murid-murid dapat:
1. mengenal suara ton manusia
    Contohnya: suara perempuan, suara lelaki, suara menyanyi,      
    suara bercakap, berbisik dan memanggil, garau.


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.      Mengulangkaji ton suara pelajaran yang lepas.
2.      Guru memainkan suara manusia yang berbeza diperdengarkan kepada murid-murid.
3.      Guru memain semula ton suara tersebut dan memilih murid untuk meneka ton suara tersebut.
4.      Murid menyanyi secara solo dan beramai-ramai lagu yang guru perdengarkan.
5.      Guru merumus isi pelajaran.


Elemen Merentas Kurikulum  [EMK]
Kreativiti dan Inovasi


Bahan Bantu Mengajar [BBM]
CD, radio, tamborine


Refleksi
Setelah pengajaran dan pembelajaran dibuat didapati murid-murid meminati pelajaran hari ini. Hanya dua orang sahaja murid belum mengenal pasti ton suara diperdengarkan. 15 orang murid berjaya mengenal pasti ton suara manusia secara keseluruhan.
Kekuatan
Murid-murid berasa seronok dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Seramai 17 orang murid dapat menyanyikan lagu yang diperdengarkan. Mereka menyanyikan lagu sambil melakukan aksi. Mereka dapat meneka suara-suara yang diperdengarkan.
Kelemahan
Murid-murid kurang memberi perhatian semasa suara dimainkan di radio. Saya terpaksa memainkan suara-suara  tersebut beberapa kali untuk murid-murid meneka. Suasana di dalam bilik darjah agak mengganggu dengan bunyi suara guru yang mengajar di sebelah.
Cara mengatasi
Tindakan susulan, di pelajaran yang seterusnya saya akan mempastikan dua orang murid in akan dapat menguasai kemahiran ini dan yang akan datang. Latihan intensif akan diberikan kepada dua orang murid ini sehingga mereka berjaya. Untuk gangguan bising, saya akan membawa murid-murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk pelajaran di masa akan datang.