Pendidikan Seni Visual Tahun 6

Tarikh
24 Ogos 2011


Masa
1100-1200 ( 60 minit )


Matapelajaran
Pendidikan Seni Visual


Kelas
Tahun 6 ( 23 orang )


Tema
Mengenal Kraf Tradisional


Tajuk
Keris


Objektif Utama
Di akhir pembelajaran murid-murid akan:
1. menghasilkan sebilah keris menggunakan kadbod
2. mewarnakan dan melukis ukiran pada keris
3. mempelbagaikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan Seni Visual.
4. mengamalkan nilai-nilai urni seperti bersyukur, berterima kasih dan menghargai adat resam nenek moyang.


Fokus Utama
Mengetahui bahagian-bahagian yang terdapat pada keris.
Memahami dan menghasilkan keris dengan menggunakan bahan gantian.


Nilai
Bersyukur, berterima kasih, menghargai


Kemahiran Berfikir
Menjana Idea


Media Pengajaran
Kadbod, gunting, template keris, gam, pencil warna


Set Induksi  (5 minit)
1. Guru menunjukkan gambar sebilah keris kepada murid-murid.
2. Mereka bersoal jawab dengan guru berkenaan dengan gambar keris.
3. Mereka menceritakan pengalaman mereka yang mempunyai keris pusaka.
4. Nilai murni diterapkan dan ditegaskan oleh guru.


Langkah 1 ( 10minit )
1. Guru menunjukkan beberapa bilah keris yang diperbuat dari kadbod.
2. Seterusnya guru menunjukkan langkah-langkah membuat keris.
3. Murid-murid memperhatikan langkah-langkah yang diajar oleh guru.
4. Stelah memerhatikan langkah-langkah pembuatan dengan tekum murid–murid bergerak ke tempat masing-masing untuk memulakan kerja masing-masing.


Langkah 2 ( 20minit )
1. Murid-murid memulakan pembuatan keris dengan melukis gambar keris dan memotong gambar keris tersebut.
2. Setelah di potong murid-murid melukis ukiran dan mewarna keris mereka.
3. Guru hanya menjadi pemerhati dan fasilator kepada murid-murid.


Langkah 3 ( 15 minit )
1. Guru meminta murid-murid membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
2. Guru memberi komen serta teguran membina dengan hasil kerja murid-murid.
3. Hasil kerja yang terbaik diberi komen yang positif agar murid-murid dapat menambaikkan hasil kerja mereka di kemudian hari dan hasil kerja mereka dipamerkan di sudut PSV di belakang kelas.


Penutup ( 10 minit )
1. Guru menerangkan kepada murid-murid ada banyak cara pembuatan keris. Keris yang diperbuat dari besi lain pembuatannya dan keris olok-olok boleh dibuat dengan kayu.


Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran yang meyeronokkan. Murid-murid berdikari untuk membuat keris olok-olok. Murid lelaki khasnya amat berminat untuk membuat keris. Murid-murid Tahun 6 membuat berbagai jenis keris mengikut idea sendiri. Objektif pelajaran hari ini tercapai 80%.

Kekuatan
Murid-murid mendengar arahan dan dapat membuat aktiviti yang diarah oleh saya. Murid-murid telah menunjukkan kerjasama yang baik dan terlibat secara aktif. Ini membantu saya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran  yang berkualiti dan berkesan.

Kelemahan
 Ada beberapa orang murid tidak membawa peralatan yang cukup walaupun telah diberitahu untuk membawanya. Saya tidak dapat untuk menunjukkan cara-cara menbuat keris menggunakan powerpoint disebabkan masa yang terhad.

Cara mengatasi
Murid-murid yang tidak membawa peralatan, jadi saya memberi bahan dan peralatan kepada mereka supaya mereka dapat terlibat seperti rakan-rakan yang lain. Langkah-langkah yang saya tidak dapat tunjukkan di power point jadi saya menukarkannya dengan menunjukkan secara demonstrasi di hadapan kelas. Di pelajaran yang akan datang saya berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk pengajran dan pembelajaran saya.